Saturday 3 October 2015

'officemate baru'

Dekat 2bulan lebih aku bercuti sebab berpantang setelah melahirkan putera sulung aku,aku kembali bekerja..rindu rasanya nak menjalankan tugas kembali...haiicehhhh..haha,2bulan aku tak masuk ada la beberapa muka baru mengisi ruang dalam company aku tu,dalam banyak2 staff baru tu,aku terpanggil untuk terpikat dengan sorang staff baru ni,raut wajah dia ayu ja putih gebu plak tu..hehe aku menghampiri meja dia,tiba2 dia bangun lalu kenaikan diri dia...amboihhh dah la segak hormat orang pulak tu...
Nama dia Ayu,owhhhh Ayu...kena sangat la nama tu ngan dia..hehe katanya dia baru lagi,baru 2 minggu..pastu dia tanya plak aku,aku ni staff baru gak ka?sebab dia tak pernah nampak sebelum ni..aku pown terangkan kat dia,lepas ja perkenalan singkat tu aku semakin rapat dengan dia..Ayu ni sangat baik orang dia,dan aku sangat selesa dan seronok berkawan dengan Ayu...tapi aku agak kehairanan,bila aku sembang ja dengan Ayu ada ja mata2 yang memandang aku dengan pelik...urmmmm..
2,3 hari ni aku terpaksa ambik emergency leave,tak tau aku sejak dua menjak ni anak aku ngan suami aku tak sihat ja...suami aku ngadu sakit2 badan,kadang tu badan dia lebam2,anak aku plak asai aku balik ja reja dia teriak..teriak sungguh2 plak tu macam kena pukoi terok2..lepas aku cuti 3 hari tu balik ja office aku tak nampak Ayu..pastu aku tanya la Kak Zai dia yang urus segala leave staff2 kot2 Ayu ada apply leave..
Bila aku mention nama Ayu,Kak Zai terkejut..dia kata kat aku tak dak lansung staff baru nama Ayu,nama yang nak seakan2 pown tak dak sebab semua staff baru orang cina..tiba2 Kak Zai tarik aku rapat dengan dia..Kak Zai tanya aku ada masalah kat ngn laki aku kat rumah??ehhh..aku kata la tak dak masalah apa lansung antara aku ngan laki aku,pastu Kak Zai kata lani satu office dok canang yang aku ni tertekan kat rumah sebab tu bila mai kat office aku bercakap sorang2,pastu ada staff2 office yang nampak aku lunch dekat warung buruk selang 2block dari office aku..
Setahu depa warung tu dah lama tak beroperasi sejak 3tahun lalu kerana mereka diarahkan tutup kerana tidak menepati piawai kebersihan.. dan persekitaran dia yang kotoq tu buatkan orang tak sangguh nak duduk meski pown untuk berteduh,yaa aku tahu pasai kes tu tapi seingat aku,tak pulak aku p makan kat warung tu..selalu Ayu yang nanti bawak aku p makan...Ayu????
Kak Zai mintak aku p berubat,bila aku cerita laki ngan anak aku dok kerap sakit semenjak dua menjak ni,Kak Zai mintak aku p berubat,sebab Kak Zai kata mungkin ni ada kena mengena dengan 'Ayu'.
'Ingat Shimaa Ayu tu tak wujud,bawak laki ngan anak hang p berubat'sekali lagi Kak Zai tekankan aku..memang aku blur gila time tu..mula aku tertanya2 sapa Ayu?kenapa dia hadir dalam hidup aku dengan tiba2??aku mintak balik half day hari tu sebab tiba2 aku risaukan anak dan laki aku..sampai ja aku kat rumah aku tengok anak aku ada kat lantai dia menangis tersesak2 aku berlari mendapatkan Rayyan..di ruang tamu aku terdengaq suara laki aku menjerit dari dalam dapoq..
Aku terkejut melihat 'Ayu' berdiri disisi laki aku yang sedang menghiris tangannya dengan pisau,aku beristifar lalu berlari keluaq,kebetulan ada jiran yang prihatin Pak Mat,katanya ingin menolong aku..dan dia meminta aku bersama rayyan tunggu diluaq..15minit aku gelisah menunggu diluaq tiba2 pak mat keluaq memapah Faiz yang sedang memegang tangannya yang luka..aku dan pak mat membawa Faiz kehospital..Faiz kehilangan banyak darah..dan dia kelihatan seperti trauma..
'Perkara ni masih belum selesai,benda tu tak mau tinggaikan aku..dia nak bersama aku???Ya Allah ya tuhanku...pak mat ajak aku balik dan bersemuka dengan 'Ayu'..Sampai ja dirumah,aku lihat gelap gelita..sekarang aku bersama Pak Mat berada di muka pintu rumah aku,Pak Mat membaca sepotong ayat dan samar2 kelihatan 'Ayu' sedang berdiri di penjuru rumah..wajah 'Ayu' pucat..
'Ayu,Kak Shimaa suka berkawan dengan'Ayu'...Ayu baik'wajah Ayu redup dan sayu kelihatan..
'Tapi dunia kita berbeza Ayu...Ayu tak sepatutnya kat sini dan berkawan dengan kak'sekelip mata wajah Ayu berubah riak wajahnya menunjukkan dia marah..
'Kalau diberi pilihan untuk kembali ke masa lalu,Kak Shimaa nak balik masa lalu supaya kak  sempat jumpa dan mengenali 'Ayu' dengan lebih dekat'aku mula menangis..
'Tolong lah Ayu..jangan sakiti suami dan anak kak,mereka nyawa kak 'Ayu',mereka masa depan kak...tolonglah kembali kedunia asal 'Ayu',In Syaa Allah kak akan sentiasa berdoa semoga 'Ayu' tenang disana dengan izin Allah..'semakin laju air mata aku mengalir...dengan sekelip mata bayangan 'Ayu' hilang...
'Dia dah pergi..kamu jangan risau lagi,p lah tengok anak laki kamu..'pinta Pak Mat
2bulan berlalu,alhamdullilah keadaan semakin membaik..aku juga sentiasa doakan untuk arwah Ayu semoga dia tenang.Rupanya Ayu adalah mangsa kekejaman,dia dirogol bergilir2 dan dibunuh..Ayu juga merupakan bekas pekerja company aku,jawatan yang disandang aku rupanya milik arwah Ayu dulu..In Syaa Allah aku akan menziarahi pusaranya dan sedekahkan Al-fatihah.

No comments:

Post a Comment