Saturday 3 October 2015

novel seram



Novel seram yang mengisahkan pengalaman berada di vila berhantu. Rancangan Ray, Reno, Rio, dan Tanya untuk mengembara ke Gunung Semeru tergendala. Tidak mahu pulang hampa, mereka mengubah rancangan dan pergi ke Tasikmalaya pula, ke kampung halaman kenalan baru mereka, Anita. Keluarga Anita ada sebuah vila di atas bukit, dipanggil Vila Praha. Vila yang tersergam indah, tetapi sudah lama tidak didiami selepas ibu bapa Anita meninggal dunia. Sebaik sahaja memasuki vila, keenam-enam remaja ini baru mengetahui bahawa vila itu rupa-rupanya berhantu kerana sudah lama ditinggalkan. Yang lebih mengejutkan lagi, hantu-hantu itu dikatakan hantu ibu bapa Anita dan pembantu rumah mereka, Bik Idah. Selepas mengalami pelbagai pengalaman menakutkan di dalam vila itu, akhirnya kelima-lima remaja itu membongkar misteri vila itu, tentang kejadian pembunuhan ngeri yang berlaku di rumah tersebut. Mereka kemudian memutuskan untuk meninggalkan vila itu dan membiarkan vila itu musnah sendiri dimakan masa.



Keadaan di fakulti perubatan itu begitu menyeramkan. Sebagai pustakawan yang baru bertugas di fakulti itu, Paeng rasa terganggu. Tinggal bersendirian di rumah yang terpencil, ditambah lagi dengan suasana fakulti perubatan yang sunyi dan menyeramkan, membuat Paeng semakin diburu ketakutan. Rasa takut itu sebenarnya tidak seberapa. Kenyataan bahawa lif di dalam bangunan universiti tempat dia bertugas berhantu, lebih menakutkan lagi! Suatu pembunuhan kejam dikatakan pernah berlaku di dalam lif itu. Paeng pada mulanya tidak percaya, sehinggalah dia terserempak sendiri, beberapa kali, dengan roh yang mengganggu. Gadis itu cuba menyelongkar rahsia, tanpa menyedari bahawa dia yang sebenarnya menjadi buruan...

No comments:

Post a Comment