Saturday 10 October 2015

MISTERI!!! 5 Tempat Berhantu Di Malaysia




1. Highland Tower 

Salah satu blok Highland Tower yang terletak Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor runtuh pada 11 Mac 1993. Korban Highland Tower seramai 48 orang. Sejurus selepas kejadian 2 lagi blok dikosongkan. Ada versi yang mengatakan terdapat lebih 48 mangsa dan terkubur di kawasan tersebut menyebabkan ianya dikatakan berhantu.



2. Banglo Mona Fandey

Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail popular pada awal 90-an kerana kes pembunuhan ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui dipotong-potong tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo yang terletak di Pahang. Mona dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona dan 2 lagi orang dijatuhi hukuman gantung dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 diPenjara Kajang.
Sebagai tambahan, rumah yang pernah disewa Mona Fandey di Pengadang Baru, Kuala Terengganu terbiar sehingga kini. Kasihan tuan rumah kerana orang tak mahu lagi menyewa setelah tersebar cerita Mona Fandey.



3. Kemayan Hall

Kemayan City Mall yang terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tidak banyak yang dapat diselongkar tentang latar belakang bangunan ini namun yang selalu kami didengari, 'mangsa' bangunan ini selalunya warga Singapura. Benarkah?



4. Lebuhraya Karak

Cerita seram tidak lengkap sekiranya tidak dikaitkan dengan Lebuhraya Karak yang dipercayai penuh dengan misteri. Lebuhraya yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Siapa yang tidak pernah dengar kisah Volkswagen Kuning ataupun Iswara putih. Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah?


5. Villa Nabila

Sebuah lagi lokasi berhantu di daerah Johor Darul Takzim. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel dan menghala Dataran Johor Bahru. Pelbagai versi kisah banglo ini dari dalam laman web namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar dibelakang misteri banglo ini. 

Monday 5 October 2015

Misteri Kematian Alda Risma Elfariani


Mungkin cerita neh agak lapuk. Cuma aku terkejut sebab aku baru tahu rupe2 nye penyanyi lagu 'Aku Tak Biasa' neh dah lama meninggal masa tahun 2006. That means sekarang neh dah 8 tahun dia meninggal. Seriously aku memang terkejut bila baru-baru ni aku nampak ada orang share pasal misteri sebuah lagu yang kononnya ditulis Alda tajuk "Menanti Teman" .. tapi ada gak yang mendakwa lagu tuh cuma direka2 oleh pihak tertentu sebab penyanyi lagu tuh tak macam suara Alda.
Aku sebenarnya memang minat ikut perkembangan artis-artis Indonesia walaupun aku sendiri orang Malaysia. Pada aku Lagu-Lagu Indonesia memang best. Penyanyi dia juga kebanyakan suara pun lunak. Especially, Melly Goeslaw .. Memang aku minat sangat dia .. Sebab tuh aku asyik terfikir, tak kan ini jer lagu Alda, ' aku Tak Biasa 'dia tak ada lagu lain ker? Rupa2 nye dia dah meninggal.
Berikut beberapa details tentang Alda: -
Nama: Alda Risma Elfariani Nama Komersial: Alda  Pekerjaan: Penyanyi, Pelakon dam Model / Peragawati. Tarikh Lahir: 23/11 / 1982 Tempat Lahir: Bogor, Indonesia. Tarikh kematian: 12/12/2006 Tempat Kematian: Hotel Grand Menteng, Matraman, Jakarta, Indonesia. Hayat: 24 tahun Punca Kematian: Pengambilan Dadah berlebihan.
Kontroversi Kematian Alda
1) Pengambilan Dadah  Dari pemahaman aku antara beberapa blog dan sumber yang aku baca, kematian Alda adalah disebabkan 'overdose' dadah. Dadah jenis apa? dari pemahaman aku gak lah, diorang terjumpa jarum suntikan dalam bilik Alda. Mungkin dia amibik yang jenis suntik, sebab dekat mayat Alda ditemui beberapa bekas suntikan.
2) Dianiaya
Menurut Ibu Alda, Halimah. Alda mati akibat dubunuh oleh kekasih nya Ferry Surya Prakasa atau nama lain Eric. Ibu Alda ada menyimpan beberapa bukti sms dari Alda yang mengatakan Ferry memaksa Alda untuk menjalinkan hubungan. Dalam sms tu jugak ada mengatakan alda pernah dipukul oleh Ferry. Dua hari sebelum kematian Alda, alda keluar rumah bersama Ferry dan sampailah berita kematian Alda diketahui dan beberapa bukti CCTV ada terlihat alda 'check in' hotel bersama Ferry.
3) Rakaman Lagu Misteri 'Menanti Kekasihku'.
Selepas kematian alda, tiba-tiba keluar pulak sebuah lagu yang kononnya ditulis dan dirakam oleh alda sebelum kematiannya dimana lagu tersebut mengundang misteri baik dari segi lirik dan juga suara latar perempuan mengilai dan bunyi lolongan anjing seperti dibawah.





Saturday 3 October 2015

novel seram



Novel seram yang mengisahkan pengalaman berada di vila berhantu. Rancangan Ray, Reno, Rio, dan Tanya untuk mengembara ke Gunung Semeru tergendala. Tidak mahu pulang hampa, mereka mengubah rancangan dan pergi ke Tasikmalaya pula, ke kampung halaman kenalan baru mereka, Anita. Keluarga Anita ada sebuah vila di atas bukit, dipanggil Vila Praha. Vila yang tersergam indah, tetapi sudah lama tidak didiami selepas ibu bapa Anita meninggal dunia. Sebaik sahaja memasuki vila, keenam-enam remaja ini baru mengetahui bahawa vila itu rupa-rupanya berhantu kerana sudah lama ditinggalkan. Yang lebih mengejutkan lagi, hantu-hantu itu dikatakan hantu ibu bapa Anita dan pembantu rumah mereka, Bik Idah. Selepas mengalami pelbagai pengalaman menakutkan di dalam vila itu, akhirnya kelima-lima remaja itu membongkar misteri vila itu, tentang kejadian pembunuhan ngeri yang berlaku di rumah tersebut. Mereka kemudian memutuskan untuk meninggalkan vila itu dan membiarkan vila itu musnah sendiri dimakan masa.



Keadaan di fakulti perubatan itu begitu menyeramkan. Sebagai pustakawan yang baru bertugas di fakulti itu, Paeng rasa terganggu. Tinggal bersendirian di rumah yang terpencil, ditambah lagi dengan suasana fakulti perubatan yang sunyi dan menyeramkan, membuat Paeng semakin diburu ketakutan. Rasa takut itu sebenarnya tidak seberapa. Kenyataan bahawa lif di dalam bangunan universiti tempat dia bertugas berhantu, lebih menakutkan lagi! Suatu pembunuhan kejam dikatakan pernah berlaku di dalam lif itu. Paeng pada mulanya tidak percaya, sehinggalah dia terserempak sendiri, beberapa kali, dengan roh yang mengganggu. Gadis itu cuba menyelongkar rahsia, tanpa menyedari bahawa dia yang sebenarnya menjadi buruan...

'officemate baru'

Dekat 2bulan lebih aku bercuti sebab berpantang setelah melahirkan putera sulung aku,aku kembali bekerja..rindu rasanya nak menjalankan tugas kembali...haiicehhhh..haha,2bulan aku tak masuk ada la beberapa muka baru mengisi ruang dalam company aku tu,dalam banyak2 staff baru tu,aku terpanggil untuk terpikat dengan sorang staff baru ni,raut wajah dia ayu ja putih gebu plak tu..hehe aku menghampiri meja dia,tiba2 dia bangun lalu kenaikan diri dia...amboihhh dah la segak hormat orang pulak tu...
Nama dia Ayu,owhhhh Ayu...kena sangat la nama tu ngan dia..hehe katanya dia baru lagi,baru 2 minggu..pastu dia tanya plak aku,aku ni staff baru gak ka?sebab dia tak pernah nampak sebelum ni..aku pown terangkan kat dia,lepas ja perkenalan singkat tu aku semakin rapat dengan dia..Ayu ni sangat baik orang dia,dan aku sangat selesa dan seronok berkawan dengan Ayu...tapi aku agak kehairanan,bila aku sembang ja dengan Ayu ada ja mata2 yang memandang aku dengan pelik...urmmmm..
2,3 hari ni aku terpaksa ambik emergency leave,tak tau aku sejak dua menjak ni anak aku ngan suami aku tak sihat ja...suami aku ngadu sakit2 badan,kadang tu badan dia lebam2,anak aku plak asai aku balik ja reja dia teriak..teriak sungguh2 plak tu macam kena pukoi terok2..lepas aku cuti 3 hari tu balik ja office aku tak nampak Ayu..pastu aku tanya la Kak Zai dia yang urus segala leave staff2 kot2 Ayu ada apply leave..
Bila aku mention nama Ayu,Kak Zai terkejut..dia kata kat aku tak dak lansung staff baru nama Ayu,nama yang nak seakan2 pown tak dak sebab semua staff baru orang cina..tiba2 Kak Zai tarik aku rapat dengan dia..Kak Zai tanya aku ada masalah kat ngn laki aku kat rumah??ehhh..aku kata la tak dak masalah apa lansung antara aku ngan laki aku,pastu Kak Zai kata lani satu office dok canang yang aku ni tertekan kat rumah sebab tu bila mai kat office aku bercakap sorang2,pastu ada staff2 office yang nampak aku lunch dekat warung buruk selang 2block dari office aku..
Setahu depa warung tu dah lama tak beroperasi sejak 3tahun lalu kerana mereka diarahkan tutup kerana tidak menepati piawai kebersihan.. dan persekitaran dia yang kotoq tu buatkan orang tak sangguh nak duduk meski pown untuk berteduh,yaa aku tahu pasai kes tu tapi seingat aku,tak pulak aku p makan kat warung tu..selalu Ayu yang nanti bawak aku p makan...Ayu????
Kak Zai mintak aku p berubat,bila aku cerita laki ngan anak aku dok kerap sakit semenjak dua menjak ni,Kak Zai mintak aku p berubat,sebab Kak Zai kata mungkin ni ada kena mengena dengan 'Ayu'.
'Ingat Shimaa Ayu tu tak wujud,bawak laki ngan anak hang p berubat'sekali lagi Kak Zai tekankan aku..memang aku blur gila time tu..mula aku tertanya2 sapa Ayu?kenapa dia hadir dalam hidup aku dengan tiba2??aku mintak balik half day hari tu sebab tiba2 aku risaukan anak dan laki aku..sampai ja aku kat rumah aku tengok anak aku ada kat lantai dia menangis tersesak2 aku berlari mendapatkan Rayyan..di ruang tamu aku terdengaq suara laki aku menjerit dari dalam dapoq..
Aku terkejut melihat 'Ayu' berdiri disisi laki aku yang sedang menghiris tangannya dengan pisau,aku beristifar lalu berlari keluaq,kebetulan ada jiran yang prihatin Pak Mat,katanya ingin menolong aku..dan dia meminta aku bersama rayyan tunggu diluaq..15minit aku gelisah menunggu diluaq tiba2 pak mat keluaq memapah Faiz yang sedang memegang tangannya yang luka..aku dan pak mat membawa Faiz kehospital..Faiz kehilangan banyak darah..dan dia kelihatan seperti trauma..
'Perkara ni masih belum selesai,benda tu tak mau tinggaikan aku..dia nak bersama aku???Ya Allah ya tuhanku...pak mat ajak aku balik dan bersemuka dengan 'Ayu'..Sampai ja dirumah,aku lihat gelap gelita..sekarang aku bersama Pak Mat berada di muka pintu rumah aku,Pak Mat membaca sepotong ayat dan samar2 kelihatan 'Ayu' sedang berdiri di penjuru rumah..wajah 'Ayu' pucat..
'Ayu,Kak Shimaa suka berkawan dengan'Ayu'...Ayu baik'wajah Ayu redup dan sayu kelihatan..
'Tapi dunia kita berbeza Ayu...Ayu tak sepatutnya kat sini dan berkawan dengan kak'sekelip mata wajah Ayu berubah riak wajahnya menunjukkan dia marah..
'Kalau diberi pilihan untuk kembali ke masa lalu,Kak Shimaa nak balik masa lalu supaya kak  sempat jumpa dan mengenali 'Ayu' dengan lebih dekat'aku mula menangis..
'Tolong lah Ayu..jangan sakiti suami dan anak kak,mereka nyawa kak 'Ayu',mereka masa depan kak...tolonglah kembali kedunia asal 'Ayu',In Syaa Allah kak akan sentiasa berdoa semoga 'Ayu' tenang disana dengan izin Allah..'semakin laju air mata aku mengalir...dengan sekelip mata bayangan 'Ayu' hilang...
'Dia dah pergi..kamu jangan risau lagi,p lah tengok anak laki kamu..'pinta Pak Mat
2bulan berlalu,alhamdullilah keadaan semakin membaik..aku juga sentiasa doakan untuk arwah Ayu semoga dia tenang.Rupanya Ayu adalah mangsa kekejaman,dia dirogol bergilir2 dan dibunuh..Ayu juga merupakan bekas pekerja company aku,jawatan yang disandang aku rupanya milik arwah Ayu dulu..In Syaa Allah aku akan menziarahi pusaranya dan sedekahkan Al-fatihah.

kawan dengan hantu??

Weii..jom Ba suh hang naik makan dulu,Ba masak nasik lemuni ngan sotong kering masak sambai...perrgghhhh melele ayaq liuq aku,hahahaha..aku makan apa la tak tau pagi ni tiba2 yang happy tahap gaban sangat,tapi masa tu aku tengok Shida cool ja..dia tak hok,dia tak haq..padahai dia lagi paling banyak mulut,dia kalau cakap macam bertih jagong dok meletup dalam periok..tapi malam tu aku pelik lepas ja kami keluaq dari tapak pesta dia diam ja sepanjang jalan..aku tertanya jugak awat ngan dia ni???gadoh ngan marka dia ka apa??urmm...pelik2 
Shida ikot jugak aku naik ataih,maybe sebab penangan nasik lemuni Ba membuatkan dia terlupa ceritera duka dia dengan marka dia kot...hahahaha,masok2 ja dalam lift tiba2 aku rasa seram sejuk..aku perati Shida,wajah dia agak sedikit kepucatan,yang aku bertambah pelik tu dia diam ja..berdiri tegak sambil kepala tu menunduk kebawah..aku betoi2 keliru ngan sikap dia malam tu...bila aku tanya dia buat dono jaaa...sakit pulak hati iterr ni...ishhh lembab plak la lift malam ni..haishhh..
'Mak..Ba mana?'tanya aku bila aku tengok mak ja sorang dok melepakkan diri kat ruang tamu...aku dah masok rumah aku tengok Shida dok tercegak lagi kat luaq.
'Ba...mana lagi p bergosip kat tingkat bawah la'begitu la Ba aku...memang kesukaan dia dok melepak rumah orang..hehe
'Woi mai la masok..hang dok tercegak apa lagi kat luaq,dok buat tak biasa..aku sekeh satgi kott...!!!'marah aku kat Shida...pastu aku teros masuk bilik nak salin baju,aku keluaqkan fon dari dalam beg aku tu dan letakkan kat ataih meja..lepas ja salin baju aku check fon...mahaiii,sampai 20 missed call??aku bukak dan check tengok nama Bura kakak tengah aku dengan Shida????awat yang deni kol aku sampai 16 kali ni??elok ja aku nak tekan call kat number bura tiba2 call Shida masuk...aku teragak2 jugak nak angkat tapi aku angkat jugak laahh..
'Woiiii...hang ni berak taik batu ka??punya berejam aku dok tunggu hang kat luaq ni woiii???marah 'Shida' kat aku..memang tak salah tu sora shida,habis sapa yang kat luaq tu??aku tak tau nak kata apa kat Shida..aku terus letak call dia..aku tau dia mesti maki aku berjabu..aku terus call Bura dan mintak bura p ambik Shida dan mai hantaq kat rumah..
Lutut aku dah longgaq...mengigil dan rasa lemah nak berdiri,aku call Ba suh dia mai naik...nasib la Ba bawak fon dia masa tu,patot la dia lain macam ja..rupanya 'Shida'bukan Shida...huhuhuhu...kelebihan Ba aku ni,dia memang ada deria rasa dekat makhluk2 istimewa ni..Ba aku jerit dari luaq aku dapat dengaq..maybe Ba dah nampak kawan aku dok terconggok kat luaq tu...
'Kak..mak..jangan keluaq dok dalam'jerit Ba,mak aku yang xtau apa ni nak bangun la jenggok kat luaq dia ingat Ba panggil,tapi aku sempat halang dan aku cerita kat mak aku apa yang dok jadi la tu....tiba2 muka mak aku berubah macam nak nangis tak mau nangis,maybe sebab dia pown takot..dari dalam,aku dengaq Ba dok soal jawab 'Shida'..tapi apa yang 'Shida' reply aku tak dengaq...dekat 20 minit macam tu baru la selesai,ba kata 'Shida'saja nak berkawan dengan aku.....
Punggah...tak cukup ka kawan2 aku perangai macam hantu ni hantu pulak nak kawan dengan aku???serious malam tu aku tak boleh tidoq weiii bila asyik teringat aku membonceng hantu weiiii hantuuu!!!!!

cerita bonda

Bismillahirrahmannirrahim.............
Semasa Bonda baru berpindah ke rumah ini, anak2 Bonda masih lagi kecil. Usia mereka ketika itu dalam lingkungan 5 & 3 tahun. Rumah ini berada di atas bukit & boleh dikategorikan sebagai midi  banglo setingkat. Ada 7 bilik tidur ( 2 drpdnya Bonda jadikan stor serta tempat menggosok baju ) & 4 kamar mandi 2 in 1 ( fahamkan? Hehehe.. )
Kawasan keliling rumah berpagar serta sederhana luas. Tidak keterlaluan jika Bonda katakan yg sebuah helicopter bersaiz sederhana boleh mendarat di situ. Luaskan? Maka luas jugalah spesis2 yg menakutkan bersiar-siar di halaman rumah Bonda.
Bayangkan hanya Bonda & 2 orang anak masih kecil yg selalu berada di dalam rumah tu. Eerrr............okla termasuk pembantu rumah serta seorang tukang kebun. Tetapi mereka hanya ada pada waktu siang saja.  Bila waktu malam tiba, tinggallah Bonda 3 beranak. Encik suami ketika itu sangatlah sibuk mengalahkan Presiden Indonesia Susilo Bambang nak berkempen. Asyik outstation. Namun Bonda faham akan tugasannya itu.....
Suatu petang, kira2 dalam pukul 4.30 ptg, pembantu rumah ( Bonda gelarkannya Mbak Jem )mohon utk pulang awal sebab majlis bacaan Yasin di surau berdekatan. Setelah dia pulang Bonda kejutkan anak2 Bonda bangun utk mandi ( anak2 masa ni mmg Bonda paksa mereka tidur petang...kalau tak mereka akan meroyan ..... pening Bonda ).
Setelah mengejutkan anak yg sulung, Bonda kejutkan yg kecil pula. Kamar mandi mereka berada bertentangan dengan bilik tidur utama a.k.a bilik tidur Bonda. Jika berdiri menghadap kamar mandi ni, berada disebelah kiri hujung sekali ( dalam -+ 80  langkah ) adalah ruang makan. Di ruang makan ini adalah sebuah pintu sliding 4 pintu & terus ke pintu yg menghala ke bahagian dapur. Pintu sliding ini akan sentiasa tertutup ( kecuali kalau maid ada ).
Ketika Bonda berdiri di depan pintu kamar mandi, anak Bonda ( 3 thn ) sedang duduk di atas lantai (tepi kaki Bonda ) dan yg sulung sudahpun masuk utk mandi. Tiba-tiba anak Bonda yg kecil bersuara, " Bonda..Bonda... look there! Bonda look! Who is that? "  . Dia tarik kaki Bonda berkali-kali.
Bonda tunduk pandang dia. " Apa dia? " . Dia tak menoleh langsung pada Bonda tapi memandang ke arah ruang makan. " Bonda! Look! Look! Someone there! "  . Diulangnya berkali2 ayat yg sama sambil tangannya lurus tunjuk ke pintu sliding di ruang makan & terus menunjuk ke pintu dapur. Bonda terus memandang ke arah yg ditunjukkan. Pelik! Bonda tak nampak apa2.
Hati Bonda cuak. Takut ada orang masuk ke rumah. mana tahu Bonda terlupa mengunci pintu rumah. Bonda panjangkan leher ( tanpa bergerak ) utk melihat pintu. Hah! Berkunci! Macamana Bonda tau ? Sebabnya kunci pd lock  pintu ( yg sebesar penumbuk budak kecil masih berada di situ! ) Rabunlah mata Bonda kalau tak nampak. Kalau kunci berada disitu memang takkan boleh buka dari luar.
Hati Bonda tak sedap. Kaki macam dipaku ke lantai. Langsung tak boleh bergerak. Tanpa Bonda duga, anak Bonda yg kecil tu bangun. Terus berjalan terkedek2 nak ke ruang makan. " Adik! What are u doing? Nak kemana tu?"  , Bonda sergah dia. Dia toleh pandang Bonda.
" Bonda.. I saw someone... " , tutur dia dalam pelat. Bonda bulatkan mata sebagai tanda yg Bonda melarang dia ke sana. Akan tetapi kalau sudah namanya budak, mana dia heran sgt dgn bulat mata Bonda yg hampir tersembul keluar ni.hmm
Dia patah balik pada Bonda & tarik tangan Bonda.....mengajak Bonda mengikutnya ke dapur. Dalam pada berat hati, Bonda benarkan dia menarik Bonda & berjalan ke dapur. Semasa berjalan, Bonda bacakan ayat pelindung diri berkali2 di dalam hati. Bulu roma meremang..tapi Bonda lihat anak Bonda seperti tidak mempunyai perasaan apa2. Jadi Bonda kuatkan semangat utk melihat apa yg dilihatnya.
Hampir 5 langkah ke pintu dapur Bonda berhenti tetapi anak Bonda tetap juga menarik tangan Bonda. Bonda keraskan badan. Bonda gelengkan kepala kepadanya. Dia lepaskan tangan Bonda & terus berdiri tegak di depan pintu dapur.
Sekarang Bonda nak semua bayangkan keadaan ini. letakkan diri anda semua di tempat Bonda. Seolah2 anak Bonda berada di depan anda semua...)
Bonda masih belum berani utk dekatkan diri pada anak Bonda. Yg menakutkan Bonda ialah cara anak Bonda yg kecil & pelat tu berdiri. Dia toleh pada Bonda kejap, tangan kanannya menggamit Bonda mengajak Bonda berdiri disebelahnya. Kemudian memandang ke dalam ruang dapur semula.
Tanpa menoleh dia bercakap hampir berbisik,  " Bonda....Bonda..come come here..look! Bondaaaaa..come here..look thereeee... " . dan...............diangkat tangan kanannya perlahan-lahan sambil jari telunjuknya lurus ke depan. Cara dia menunjuknya pula...dari bawah dan tttteeeerrrrruuussssssss ke atas sehingga ke siling. Sambil dia tunjuk tu Bonda dapat dengar suara dia bercakap, " Bondaaa..who is that? It's soooo...... "  ( lepas tu Bonda tak faham apa yg dia cakapkan... )
Dengan sisa semangat yg ada, Bonda terus ke tempat anak berdiri. Bismillah.. Bonda pandang ke arah yg ditunjukkan. K.O.S.O.N.G !! Sungguh! Bonda tak nampak apa2! Tiba-tiba .... zzuuuusssssssssss!Badan Bonda terus tegak kaku. Kenapa?
Sebab Bonda rasa seperti angin melintas di tepi Bonda beserta dengan libasan rambut. Betul2 kena pada muka Bonda. Astaghfirullah...Bonda beristighfar....Apakah itu?! Hanya mata Bonda saja yg mampu Bonda gerakkan utk melihat benda apakah itu...Dada Bonda berdegup kencang.
Dalam pada tu nasib baik Bonda teringatkan anak Bonda yg kecil tadi. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Seperti diberikan kekuatan, Bonda paksa badan ni bergerak & terus menepuk belakang anak sambil menyebut ALLAHUAKHBAR!
Sekali lagi tanpa di duga...anak sulung Bonda yg sedang mandi tiba-tiba menjerit... " BONDAAA!!!!!!!!!!!!!!!!! ". Sepantas kilat, Bonda tarik tgn si kecil tu dan berlari menuju ke kamar mandi. Terus Bonda tolak pintu bilik air. Ah! Sudah...pintu seperti tersekat. Tak boleh buka. Bonda ketuk pintu berkali-kali memanggil anak sulung Bonda. Bonda suruh dia jangan kunci pintu.
Dia menangis-nangis di dalam. Katanya dia tak kunci pintu. Bonda yg kunci pintu tu. Bonda terkejut. Bila masa pula Bonda kunci? Bonda suruh si kecil tu duduk bersandar ke dinding. Lepas tu Boda cuba tenangkan diri. Bonda berdiri..tutup mata & cuba lapangkan fikiran serta tenangkan hati. Bonda tak boleh panik. Bila sudah dapat tenangkan diri, Bonda mulakan dgn istighfar.....kemudian Al-Fatihah & diteruskan dgn bacaan 4 Qul, Doa Pelindung & di tutup dgn bacaan Ayatul Kursi. Sambil memohon pertolongan drp Allah, Bonda letakkan tapak tgn kanan Bonda pada dada pintu. Dengan kuasaNya pintu t uterus boleh terbuka. Syukur Alhamdulillah...
Anak sulung Bonda masih lagi menangis. Bonda terpa masuk, ambil tuala & terus tutupkan badannya. Dipendekkan cerita, menurut anak sulung Bonda, masa dia sdg mandi..dia nampak ' Bonda'  menjengah ke dalam kamar mandi. Muka ' Bonda' garang sangat. Mata bulat macam nak terkeluar biji mata. Katanya lagi rambut ' Bonda' panjang sangat sampai ke kaki. Lepas tu ' Bonda ' terus hempas pintu & kunci pintu. Masa tu la dia menjerit & terus nangis ( anak dara Bonda ni mmg penakut masa kecil. Dia takkan tutup rapat pintu bila mandi... )no
Nasib baik tiada apa yg terjadi pada si kecil tadi. Lepas uruskan yg sulung tadi, terus Bonda mandikan dia, kemudian baca apa yg patut & hembuskan ke dua belah telinganya.
Sampai ke hari ini Bonda tak tahu apa yg dilihat oleh si kecil tadi. Benda itu melayang / berjalan menembusi pintu, terus ke dapur & seperti menunggu kami berdua kemudiannya melayang terus hingga ke siling. Bergerak melepasi Bonda & mengganggu anak sulung Bonda.
Yang boleh Bonda andaikan sepsis itu adalah perempuan berdasarkan seperti rambut panjang berkibas ke muka Bonda. Untuk pengetahuan semua ..... ini adalah gangguan pertama yg Bonda hadapi setelah 3 minggu berpindah ke rumah itu. Dan..............berlaku pada waktu petang!
Wallahu' alam.............

P/S : - Jangan salah sangka ya..anak kedua Bonda ni masa umurnya 2 tahun lagi ..masa mula belajar cakap je terus sekiping london..bukan pengaruh Bonda ya...aww


SERAM!!!!