Saturday 3 October 2015

cerita bonda

Bismillahirrahmannirrahim.............
Semasa Bonda baru berpindah ke rumah ini, anak2 Bonda masih lagi kecil. Usia mereka ketika itu dalam lingkungan 5 & 3 tahun. Rumah ini berada di atas bukit & boleh dikategorikan sebagai midi  banglo setingkat. Ada 7 bilik tidur ( 2 drpdnya Bonda jadikan stor serta tempat menggosok baju ) & 4 kamar mandi 2 in 1 ( fahamkan? Hehehe.. )
Kawasan keliling rumah berpagar serta sederhana luas. Tidak keterlaluan jika Bonda katakan yg sebuah helicopter bersaiz sederhana boleh mendarat di situ. Luaskan? Maka luas jugalah spesis2 yg menakutkan bersiar-siar di halaman rumah Bonda.
Bayangkan hanya Bonda & 2 orang anak masih kecil yg selalu berada di dalam rumah tu. Eerrr............okla termasuk pembantu rumah serta seorang tukang kebun. Tetapi mereka hanya ada pada waktu siang saja.  Bila waktu malam tiba, tinggallah Bonda 3 beranak. Encik suami ketika itu sangatlah sibuk mengalahkan Presiden Indonesia Susilo Bambang nak berkempen. Asyik outstation. Namun Bonda faham akan tugasannya itu.....
Suatu petang, kira2 dalam pukul 4.30 ptg, pembantu rumah ( Bonda gelarkannya Mbak Jem )mohon utk pulang awal sebab majlis bacaan Yasin di surau berdekatan. Setelah dia pulang Bonda kejutkan anak2 Bonda bangun utk mandi ( anak2 masa ni mmg Bonda paksa mereka tidur petang...kalau tak mereka akan meroyan ..... pening Bonda ).
Setelah mengejutkan anak yg sulung, Bonda kejutkan yg kecil pula. Kamar mandi mereka berada bertentangan dengan bilik tidur utama a.k.a bilik tidur Bonda. Jika berdiri menghadap kamar mandi ni, berada disebelah kiri hujung sekali ( dalam -+ 80  langkah ) adalah ruang makan. Di ruang makan ini adalah sebuah pintu sliding 4 pintu & terus ke pintu yg menghala ke bahagian dapur. Pintu sliding ini akan sentiasa tertutup ( kecuali kalau maid ada ).
Ketika Bonda berdiri di depan pintu kamar mandi, anak Bonda ( 3 thn ) sedang duduk di atas lantai (tepi kaki Bonda ) dan yg sulung sudahpun masuk utk mandi. Tiba-tiba anak Bonda yg kecil bersuara, " Bonda..Bonda... look there! Bonda look! Who is that? "  . Dia tarik kaki Bonda berkali-kali.
Bonda tunduk pandang dia. " Apa dia? " . Dia tak menoleh langsung pada Bonda tapi memandang ke arah ruang makan. " Bonda! Look! Look! Someone there! "  . Diulangnya berkali2 ayat yg sama sambil tangannya lurus tunjuk ke pintu sliding di ruang makan & terus menunjuk ke pintu dapur. Bonda terus memandang ke arah yg ditunjukkan. Pelik! Bonda tak nampak apa2.
Hati Bonda cuak. Takut ada orang masuk ke rumah. mana tahu Bonda terlupa mengunci pintu rumah. Bonda panjangkan leher ( tanpa bergerak ) utk melihat pintu. Hah! Berkunci! Macamana Bonda tau ? Sebabnya kunci pd lock  pintu ( yg sebesar penumbuk budak kecil masih berada di situ! ) Rabunlah mata Bonda kalau tak nampak. Kalau kunci berada disitu memang takkan boleh buka dari luar.
Hati Bonda tak sedap. Kaki macam dipaku ke lantai. Langsung tak boleh bergerak. Tanpa Bonda duga, anak Bonda yg kecil tu bangun. Terus berjalan terkedek2 nak ke ruang makan. " Adik! What are u doing? Nak kemana tu?"  , Bonda sergah dia. Dia toleh pandang Bonda.
" Bonda.. I saw someone... " , tutur dia dalam pelat. Bonda bulatkan mata sebagai tanda yg Bonda melarang dia ke sana. Akan tetapi kalau sudah namanya budak, mana dia heran sgt dgn bulat mata Bonda yg hampir tersembul keluar ni.hmm
Dia patah balik pada Bonda & tarik tangan Bonda.....mengajak Bonda mengikutnya ke dapur. Dalam pada berat hati, Bonda benarkan dia menarik Bonda & berjalan ke dapur. Semasa berjalan, Bonda bacakan ayat pelindung diri berkali2 di dalam hati. Bulu roma meremang..tapi Bonda lihat anak Bonda seperti tidak mempunyai perasaan apa2. Jadi Bonda kuatkan semangat utk melihat apa yg dilihatnya.
Hampir 5 langkah ke pintu dapur Bonda berhenti tetapi anak Bonda tetap juga menarik tangan Bonda. Bonda keraskan badan. Bonda gelengkan kepala kepadanya. Dia lepaskan tangan Bonda & terus berdiri tegak di depan pintu dapur.
Sekarang Bonda nak semua bayangkan keadaan ini. letakkan diri anda semua di tempat Bonda. Seolah2 anak Bonda berada di depan anda semua...)
Bonda masih belum berani utk dekatkan diri pada anak Bonda. Yg menakutkan Bonda ialah cara anak Bonda yg kecil & pelat tu berdiri. Dia toleh pada Bonda kejap, tangan kanannya menggamit Bonda mengajak Bonda berdiri disebelahnya. Kemudian memandang ke dalam ruang dapur semula.
Tanpa menoleh dia bercakap hampir berbisik,  " Bonda....Bonda..come come here..look! Bondaaaaa..come here..look thereeee... " . dan...............diangkat tangan kanannya perlahan-lahan sambil jari telunjuknya lurus ke depan. Cara dia menunjuknya pula...dari bawah dan tttteeeerrrrruuussssssss ke atas sehingga ke siling. Sambil dia tunjuk tu Bonda dapat dengar suara dia bercakap, " Bondaaa..who is that? It's soooo...... "  ( lepas tu Bonda tak faham apa yg dia cakapkan... )
Dengan sisa semangat yg ada, Bonda terus ke tempat anak berdiri. Bismillah.. Bonda pandang ke arah yg ditunjukkan. K.O.S.O.N.G !! Sungguh! Bonda tak nampak apa2! Tiba-tiba .... zzuuuusssssssssss!Badan Bonda terus tegak kaku. Kenapa?
Sebab Bonda rasa seperti angin melintas di tepi Bonda beserta dengan libasan rambut. Betul2 kena pada muka Bonda. Astaghfirullah...Bonda beristighfar....Apakah itu?! Hanya mata Bonda saja yg mampu Bonda gerakkan utk melihat benda apakah itu...Dada Bonda berdegup kencang.
Dalam pada tu nasib baik Bonda teringatkan anak Bonda yg kecil tadi. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Seperti diberikan kekuatan, Bonda paksa badan ni bergerak & terus menepuk belakang anak sambil menyebut ALLAHUAKHBAR!
Sekali lagi tanpa di duga...anak sulung Bonda yg sedang mandi tiba-tiba menjerit... " BONDAAA!!!!!!!!!!!!!!!!! ". Sepantas kilat, Bonda tarik tgn si kecil tu dan berlari menuju ke kamar mandi. Terus Bonda tolak pintu bilik air. Ah! Sudah...pintu seperti tersekat. Tak boleh buka. Bonda ketuk pintu berkali-kali memanggil anak sulung Bonda. Bonda suruh dia jangan kunci pintu.
Dia menangis-nangis di dalam. Katanya dia tak kunci pintu. Bonda yg kunci pintu tu. Bonda terkejut. Bila masa pula Bonda kunci? Bonda suruh si kecil tu duduk bersandar ke dinding. Lepas tu Boda cuba tenangkan diri. Bonda berdiri..tutup mata & cuba lapangkan fikiran serta tenangkan hati. Bonda tak boleh panik. Bila sudah dapat tenangkan diri, Bonda mulakan dgn istighfar.....kemudian Al-Fatihah & diteruskan dgn bacaan 4 Qul, Doa Pelindung & di tutup dgn bacaan Ayatul Kursi. Sambil memohon pertolongan drp Allah, Bonda letakkan tapak tgn kanan Bonda pada dada pintu. Dengan kuasaNya pintu t uterus boleh terbuka. Syukur Alhamdulillah...
Anak sulung Bonda masih lagi menangis. Bonda terpa masuk, ambil tuala & terus tutupkan badannya. Dipendekkan cerita, menurut anak sulung Bonda, masa dia sdg mandi..dia nampak ' Bonda'  menjengah ke dalam kamar mandi. Muka ' Bonda' garang sangat. Mata bulat macam nak terkeluar biji mata. Katanya lagi rambut ' Bonda' panjang sangat sampai ke kaki. Lepas tu ' Bonda ' terus hempas pintu & kunci pintu. Masa tu la dia menjerit & terus nangis ( anak dara Bonda ni mmg penakut masa kecil. Dia takkan tutup rapat pintu bila mandi... )no
Nasib baik tiada apa yg terjadi pada si kecil tadi. Lepas uruskan yg sulung tadi, terus Bonda mandikan dia, kemudian baca apa yg patut & hembuskan ke dua belah telinganya.
Sampai ke hari ini Bonda tak tahu apa yg dilihat oleh si kecil tadi. Benda itu melayang / berjalan menembusi pintu, terus ke dapur & seperti menunggu kami berdua kemudiannya melayang terus hingga ke siling. Bergerak melepasi Bonda & mengganggu anak sulung Bonda.
Yang boleh Bonda andaikan sepsis itu adalah perempuan berdasarkan seperti rambut panjang berkibas ke muka Bonda. Untuk pengetahuan semua ..... ini adalah gangguan pertama yg Bonda hadapi setelah 3 minggu berpindah ke rumah itu. Dan..............berlaku pada waktu petang!
Wallahu' alam.............

P/S : - Jangan salah sangka ya..anak kedua Bonda ni masa umurnya 2 tahun lagi ..masa mula belajar cakap je terus sekiping london..bukan pengaruh Bonda ya...aww


No comments:

Post a Comment